Assalamualaikum semua alumni ASAS yang saya hormati & kasihi,
Alhamdullilah tanggal 12/3/25 YAA mengadakan Majlis Santunan Ramadhan bersama 108 pekerja2 Alam Flora, Putrajaya. Setiap pekerja di beri manfaat barangan makanan kering & duit raya. 81 pekerja Muslim mendapat manfaat dari dana wakallah zakat melalui PPZ, manakala 27 pekerja bukan Islam mendapat manfaat dari infaq melalui YAA.
Dato Abd Hakim CEO PPZ (ASAS M8485) turut hadir bersama belasan warga ASAS & 20 pelajar SAS
Seperti tahun2 sebelum ini salah satu aktibiti YAA dalam bulan Ramadhan ialah SANTUNAN RAMADHAN bersama PEKERJA PENGURUSAN SISA PEPEJAL. In sya Allah kita akan adakan majlis di setiap negeri di Semenanjung termasuk WP Kuala Lumpur & Putrajaya.
Pengisian program di setiap lokasi:
6.00 ptg: Ketibaan tetamu
6 15 ptg:
– bacaan doa
– ucapan alu2an dari wakil YAA
– ucapan dari wakil penaja
– agihan bantuan kpd 100 orang pekerja (minima)
Waktu maghrib
– iftar bersama
– solat maghrib berjumaah
– sambung jamuan & sillaturrahim
8.15 mlm: bersurai
Sahabat2 di jemput hadir (mohon maklum kehadiran kepada Wakil YAA setempat) untuk mengimarahkan majlis & menyantuni pekerja2 pembersihan. E poster untuk setiap majlis akan di maklum nanti
Sekian & terima kaseh. Selamat menyambut & beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, dari
GB – Presiden ASAS & CEO YAA