Alhamdullilah pada 13/3/25 YAA mengadakan Santunan Ramadhan bersama pekerja2 sektor pelbagai (bergaji rendah) Majlis Daerah Rembau. Majlis di taja bersama
– Muslim Care Malaysia
– Tuan K 8286
– Dato S 8488
Turut hadir YB Dato Zafrulbahari ADUN Chembong & Tuan Zamri YDP Rembau. Setinggi penghargaan kepada Syahril 9498 yang merancang/mengendali majlis bagi pihak YAA. Warga ASAS/YAA turut hadir
– Abang Ismail Duseh 6467
– GB 6770
– Fara Liza
– Chikgu Hakim 7983 (Pengetua SDAR)
– Zulkifli Wahijan 8185 (Muslim Care)
– Dato Sabir Sabri 8488
– Zain Nassri 9498
– Rezza 9599
– Tok Deed 9701 (chef extraordinaire)
Terimakaseh kepada semua yang terlibat & semua penginfaq
Assalamualaikum semua alumni ASAS yang saya hormati & kasihi,
Seperti tahun2 sebelum ini salah satu aktibiti YAA dalam bulan Ramadhan ialah SANTUNAN RAMADHAN bersama PEKERJA PENGURUSAN SISA PEPEJAL. In sya Allah kita akan adakan majlis di setiap negeri di Semenanjung termasuk WP Kuala Lumpur & Putrajaya.
Program hari ini Khamis 13/3/25 di Rembau
– PIC YAA Syahril 9498
– Penaja Muslim Care, Hamba Allah 8286 & Hamba Allah 8488 + lain2 penginfaq
– dengan kerjasama Majlis Daerah Rembau
Pengisian program di setiap lokasi:
6.00 ptg: Ketibaan tetamu
6 15 ptg:
– bacaan doa
– ucapan alu2an dari wakil YAA
– ucapan dari wakil penaja
– agihan bantuan kpd 100 orang pekerja (minima)
Waktu maghrib
– iftar bersama
– solat maghrib berjumaah
– sambung jamuan & sillaturrahim
8.15 mlm: bersurai
Sahabat2 di jemput hadir (mohon maklum kehadiran kepada Wakil YAA setempat) untuk mengimarahkan majlis & menyantuni pekerja2 pembersihan. E poster untuk setiap majlis akan di maklum nanti
Sekian & terima kaseh. Selamat menyambut & beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, dari
GB – Presiden ASAS & CEO YAA