Klik sini untuk Infaq Ramadhan

18-03-2025 – PPD Segamat & Ekuinas

Alhamdullilah pada 18/3/25 (Selasa) YAA menyantuni pekerja2 sektor pembersihan & keselamatan di peringkat sekolah seluroh daerah Segamat, Johor dalam Program Santunan Ramadhan 1446H, tajaan Ekuinas.
Wakil YAA di Segamat ialah Chikgu Zainal Zabir yang menguruskan majlis

Assalamualaikum semua alumni ASAS yang saya hormati & kasihi,

Seperti tahun2 sebelum ini salah satu aktibiti YAA dalam bulan Ramadhan ialah SANTUNAN RAMADHAN bersama PEKERJA PENGURUSAN SISA PEPEJAL. In sya Allah kita akan adakan majlis di setiap negeri di Semenanjung termasuk WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Program hari ini 18-03-2025, 6.30 petang

Program YAA hari ini 18/3/25 Santunan Ramadhan bersama pekerja2 pembersihan sekolah2 di bawah Pejabat Pendidikan Segamat. Tajaan Ekuinas

Pengisian program di setiap lokasi:

6.00 ptg: Ketibaan tetamu
6 15 ptg:
– bacaan doa
– ucapan alu2an dari wakil YAA
– ucapan dari wakil penaja
– agihan bantuan kpd 100 orang pekerja (minima)
Waktu maghrib
– iftar bersama
– solat maghrib berjumaah
– sambung jamuan & sillaturrahim
8.15 mlm: bersurai

Sahabat2 di jemput hadir (mohon maklum kehadiran kepada Wakil YAA setempat) untuk mengimarahkan majlis & menyantuni pekerja2 pembersihan. E poster untuk setiap majlis akan di maklum nanti

Sekian & terima kaseh. Selamat menyambut & beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, dari

GB – Presiden ASAS & CEO YAA

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

Lagi Berita Tentang Infaq Ramadhan

Leave a Comment