Klik sini untuk Infaq Ramadhan

21-03-2025 – KDEB Waste Management – Iltizam by Ekuinas

Alhamdullilah pada 21/3/25, YAA melaksanakan amanah penaja iaitu Ekuinas, dalam program Santunan Ramadhan bersama pekerja KDEB Waste Management. 100 orang pekerja sektor pembersihan mendapat perkongsian rezeki.

Terimakaseh Asrul Sani 9600 (PIC) & Team menguruskan majlis. Turut hadir & membantu ialah
1. Shamsul Amri Ali 9195
2. Almi 9600
3. Amru 9600
4. Azim 9600
5. Daniel 9600
6. Ziad 9600

Manakalaa anak Ziad (Rayyan) T1 SAS di beri tanggungjawab melafaz doa pembukaan majlis & melaungkan azan maghrib🙏

Assalamualaikum semua alumni ASAS yang saya hormati & kasihi,

Seperti tahun2 sebelum ini salah satu aktibiti YAA dalam bulan Ramadhan ialah SANTUNAN RAMADHAN bersama PEKERJA PENGURUSAN SISA PEPEJAL. In sya Allah kita akan adakan majlis di setiap negeri di Semenanjung termasuk WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Program hari ini 21-03-2025, 6.30 petang
– PIC Asrul ASAS 9600
– Penaja Iltizam by Ekuinas + lain2 penginfaq
– dengan kerjasama ASAS 9600, KDEB Waste Management

Pengisian program di setiap lokasi:

6.00 ptg: Ketibaan tetamu
6 15 ptg:
– bacaan doa
– ucapan alu2an dari wakil YAA
– ucapan dari wakil penaja
– agihan bantuan kpd 100 orang pekerja (minima)
Waktu maghrib
– iftar bersama
– solat maghrib berjumaah
– sambung jamuan & sillaturrahim
8.15 mlm: bersurai

Sahabat2 di jemput hadir (mohon maklum kehadiran kepada Wakil YAA setempat) untuk mengimarahkan majlis & menyantuni pekerja2 pembersihan. E poster untuk setiap majlis akan di maklum nanti

Sekian & terima kaseh. Selamat menyambut & beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, dari

GB – Presiden ASAS & CEO YAA

 

Kongsikan ke Social Media Anda !

Lagi Berita Tentang Infaq Ramadhan

Leave a Comment