INFAQ RAMADHAN 1442H – Anjuran YAA

INFAQ RAMADHAN 1442H – Anjuran YAA
Alhamdullilah, program Infaq Ramadhan 1442H hampir selesai di laksanakan.
Saya bagi pihak YAA ingin memberi laporan awalan & pemerhatian.
1. Penjanaan dana
Alhamdullilah jumlah dana terkumpul ialah RM 148,037 (hampir 90% adalah sumbangan dari warga ASAS & selebihnya dari Ekuinas)
2. Jenis & lokasi bantuan
Dengan jumlah dana terkumpul itu YAA telah mempelbagaikan jenis bantuan & perbanyakkan lokasi bantuan.
Jenis bantuan:
1. Bantuan keperluan kepada Rumah Penjagaan Orang Tua Al Ikhlas Puchong
2. Agihan kurma untuk iftar ke 5 buah hospital
– Hospital Serdang
– HUKM
– PPUM
– IJN
– Hospital Tengku Azizah (Wanita & Kanak2) KL
3. Agihan kurma ke surau2 & masjid sekitar Lembah Klang – 16 buah surau
4. Agihan barangan makanan asas untuk keluarga asnaf (15 lokasi di Lembah Klang) – 1400 keluarga & 600 keluarga di negeri Melaka, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan & Trengganu
Pemerhatian & Rumusan
1. Projek Infaq Ramadhan mendapat sambutan luar biasa dari warga ASAS, di pandang dari 2 sudut:
– Sumbangan Dana
Warga ASAS berlumba2 untuk beri infaq kepada projek Infaq Ramadhan
– Sumbangan Masa & Tenaga
Penglibatan dari ramai warga ASAS yang menyeluroh dari pelbagai peringkat umur, bermula dari Kumpulan Perintis 6366 (Abang Halim) hingga ke kumpulan paling bongsu 1620 (Syafiq aka Chubby), & dari Perlis (Akil 6770) hingga ke Johor (Zarith 1620). Ada beberapa kumpulan warga ASAS turun padang beramai2 ikut batch spt 6972, 7983, 8084, 8589, 9600 & 0812
2. Semangat Kekitaan CUJ & Kesukarelawaan
Pasokan petugas sukarelawan dari pelbagai batch menunjukkan semangat kekitaan tanpa batasan peringkat umur.
Kesanggupan petugas sukrelawan menggunakan sumber sendiri (kenderaan pengankut & wang ringgit) selain dari masa & tenaga untuk memberi khidmat sukarelawan.
Semuga ALLAH SWT memberi ganjaran kepada anda semua
Salam hormat dari saya GB – Presiden ASAS & Pengerusi EXCO YAA
25 April 2021

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment