ASAS BizzRonda – Nostimo’s

Program ASAS BizzRonda – 29/11/2021

Hari ini, ASAS BizzRonda berkunjung ke Restoran Nostimo’s di Chukai, Kemaman. Sdr Nik Feizal Haidi (ASAS8589) AJK ASAS, mewakili ASAS BizzRonda untuk mengenali pemilik serta menyerah & melekatkan sticker ASAS Niaga.
Restoran Nostimo’s, milik Tn Hj Bazli Endut (ASAS8084) adalah perniagaan pertama di Terengganu berdaftar di bawah Direktori ASAS Niaga.

Nostimo’s menyediakan masakan eastern dan western dalam suasana santai dan selesa. Bermula dari nasi ayam herba yang disediakan dari dapur rumah, Nostimo’s kini menghidangkan lebih banyak pilihan masakan panas seperti keli dan daging salai masak lemak, ayam geprek, aneka mi dan pasta hingga ke dessert yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.

Nostimo’s kini mengorak langkah dengan membuka ‘central kitchen’ sendiri untuk menjamin kualiti masakan yang sentiasa konsisten tinggi dan bermutu. Samada datang bersama keluarga untuk dine-in atau bersama rakan sekerja untuk meeting atau special event, Nostimo’s menjanjikan satu kepuasan selera dan hati bagi setiap pengunjungnya.

Kalau kebetulan datang jalan-jalan ke Daerah Kemaman atau dalam perjalanan ke destinasi melalui Chukai, silalah singgah ke sini.

Lokasi belakang McD/Caltex. Masuk lorong sebelah Line Clear Express Kemaman.

Mari singgah weh, makanang sedap belake. Jom ke Nostimo’s..

https://www.asas.com.my/asas-niaga/listing/nostimos/

Lokasi:
Lot 12663 Jalan Dato’, Kg Gong Pauh, Chukai, Kemaman

Waktu Perniagaan:
10am – 10pm (kecuali hari Jumaat)

(ASAS BizzRonda, satu inisiatif Biro Keusahawanan untuk mempromosi perniagaan milik ASAS kepada keseluruhan warga ASAS)
Daftar Direktori ASAS Niaga (percuma sehingga 31/12/21)
https://www.asas.com.my/asas-niaga/

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment