ASAS BizzRonda – 190222 – SWEETOOTHDELIGHT CAFE

ASAS BizzRonda – 190222
SWEETOOTHDELIGHT CAFE

Dari banker ke baker..

Sweetoothdelight Cafe dimiliki Sdr Noor Hizwan ASAS0307, ditubuhkan sejak 2013. Beliau nekad mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan bakeri selepas lama dibidang perbankan. Sdr Hizwan Ewan menjalankan perniagaan pembuatan dan pengedaran produk berasaskan bakeri, pastri dan makanan western.

ASAS BizzRonda berkesempatan berkunjung untuk mengenali, berkenalan & menyerahkan pelekat ASASNiaga menandakan premis ini milik ahli ASAS.

Banyak yg dikongsi dari bagaimana beliau memulakan perniagaan dari rumah, cabaran membuka kedai semasa Covid sehinggalah berjaya menghasilkan kek ulang tahun PM ke 62 baru2 ini.

Gais, kalau lalu Lebuhraya Utara Selatan, jom singgah. Have a short break, berehat sebentar sebelum teruskan perjalanan. Kurang 2minit dari Toll Southville City. Yang di Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya & berdekatan, sila2 berkunjung. Sama2 kita support ASAS business owners. It’s worth the trip, the cakes, pastries memang sedap..

Wakil Biro Keusahawanan : Eddie Ahmad 8084

Turut serta
1. Ir. Ghazali Bujang Asas Sixtyseven 6770
2. Asrul Sani 9600
3. Ahmad Husni Kamaruddin 8084
4. Amar 0913

Lokasi:
C-1-36, Savanna Lifestyle Retail, Savanna Southville City, Bangi

Waktu Perniagaan:
11am – 7pm (kecuali hari Isnin)

Pendaftaran ASAS Niaga

ASAS NIAGA

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment