Alhamdulillah, Yayasan Amal ASAS (YAA) memperkenalkan program infaq terbaharu, MyYAAhati.
MyYAAhati merupakan inisiatif serampang dua mata, iaitu program infaq dan program perlindungan takaful yang dijalankan dengan usahasama Takaful Ikhlas. Program ini dirasakan tepat bagi menggantikan khairat kematian sebelum ini. YAA adalah pemegang polisi induk dan pengurus amanah infaq bagi setiap peserta.
Setiap pencarum MyYAAhati berpeluang berinfaq secara tetap pada setiap bulan, dan dalam masa sama, mendapat perlindungan takaful sekiranya terjadi kemalangan atau kematian.
Pencarum boleh mencarum MyYAAhati untuk mana-mana individu yang difikirkan layak agar mampu menjadi wadah terbaik dalam menjaga kebajikan keluarga para sahabat kita apabila berlaku musibah atau kematian.
Paling menarik, penyertaan MyYAAhati adalah terbuka kepada umum. Bahkan peserta layak mencarum sehingga usia 80 tahun.
Untuk mendaftar boleh terus ke link di bawah ini….