Hebahan MMMTA’25 ‼️
MMMTA kali ini didatangi dengan logo yang berkisar mengenai Sekolah Alam Shah (SAS) yang bermula di Kg. Kongo, Cheras pada tahun 1963 sebelum dipindahkan ke Putrajaya pada tahun 2003.
Logo ini memperingati kenangan kita bersama mengharungi liku-liku kehidupan dalam menimba ilmu serta membesar di asrama, samada di Cheras ataupun Putrajaya, pengalaman tetap sama.
Walaupun lokasi sudah berubah, namun realitinya identiti kita tidak berubah. Kita Budak SAS!
Untuk meneruskan legasi ASAS Brotherhood And Networking Gathering, Majlis Makan Malam Tahunan ASAS 2025 akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh: 15 Februari 2025 (Sabtu)
Tempat: Dewan Perdana Putra, Presint 1, Putrajaya
Masa: 8.00 PM – 11.00 PM
Ayuh pulang ke Sekolah Alam Shah untuk sama-sama kita memeriahkan MMMTA’25 serta meraikan semangat camaraderie CUJ sesama warga ASAS yang bertemakan “Dari Cheras ke Putrajaya, Kita Budak SAS!”
#cuj
#asas1st
#mmmta25
#bridgingthegap