Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Warga ASAS yang budiman
Pihak SAS dengan kerjasama Biro Perhubungan Sekolah akan menganjurkan bengkel bersama Guru Muda SAS. Program Guru Muda SAS adalah satu program di mana rakan sebaya akan membantu rakan yang lain yang menghadapi masalah memahami subjek tertentu.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput ahli ASAS yang pernah menjadi Guru Muda kembali ke sekolah untuk berkongsi pengalaman, teknik dan kaedah untuk menjadi mentor yang efektif kepada rakan rakan yang lain. Kami memerlukan 3 hingga 5 orang sukarelewan untuk program ini yang akan diadakan di SAS Putrajaya. Taklimat khas mengenai program ini akan diadakan sebelum sesi bermula. Program sehari ini dirancang untuk dilaksanakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2025 (17-23 Februari 2025).
-Biro Perhubungan Sekolah-