ROMBONGAN ASAS YANG DI KETUAI OLEH IR. GHAZALI BUJANG, PRESIDEN ASAS, BERSAMA KAMARULZAMAN RAMLEE (BENDAHARI), DAGANG MOHD YUNUS (7174) BERSAMA DUA AHLI MUDA HAFIZUDDIN HUSSIN DAN SAIFULLAH SYAHMI (1418), TELAH MEMBUAT LAWATAN KUNJUNG HORMAT BERJUMPA YANG ARIF DATO’SETIA MOHD ZAWAWI BIN SALLEH, HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN.
YANG ARIF DATO SETIA MOHAMAD ZAWAWI DARI BATCH 7174 (MASUK SEKOLAH ALAM SHAH PADA TAHUN 1973, TINGKATAN 6 RENDAH) BERASAL DARI KELANTAN. BELIAU AKTIF DALAM BIDANG PIDATO DAN PERBAHASAN SEMASA BELLIAU DI ALAM SHAH. PASUKAN BAHAS SEKOLAH ALAM SHAH PADA JULUNG JULUNG KALI MENANG PIALA PERBAHASAN YAB PERDANA MENTERI, YANG DI ANJURKAN ANTARA SEMUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH, PADA TAHUN 1974.
PASUKAN BAHAS SEKOLAH ALAM SHAH YANG DI WAKILI OLEH MOHD ZAWAWI, RAZALI MOHD THANI DAN MOHD YAZID ALI MUNCUL SEBAGAI JUARA BAHAS MENGALAHKAN SEKOLAH TUN FATIMAH.
KUNJUNGAN ROMBONGAN ASAS BERJUMPA YANG ARIF DATO’SETIA MOHD ZAWAWI IALAH UNTUK PROJEK GALERI SAS. PENYELIDEK PROJEK GALERI YANG DI WAKILI OLEH HAZIMUDDIN DAN SAIFULLAH MENGADAKAN TEMUBUAL DENGAN YANG ARIF UNTUK MENDAPAT BAHAN YANG AKAN DI KETENGAH KAN DALAM GALERI, UNTUK SEKTOR KO KORIKULUM, KHUSUS NYA BAHAS DAN PIDATO.
YANG ARIF DATO’ SETIA MOHD ZAWAWI JUGA TELAH MENCAPAI JAWATAN TERTINGGI DI KALANGAN ALUMNI SAS DALAM BIDANG PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN. BELIAU MEMEGANG JAWATAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, IAITU MAHKAMAH PALING TINGGI DI MALAYSIA. ADALAH WAJAR BELIAU DI PILEH SEBAGAI SEORANG TOKOH ASAS DALAM SEKTOR PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN.
YANG ARIF DATO’ SETIA MOHD ZAWAWI MENYAMBUT KAMI DENGAN PENUH KEMESRAAN. ALHAMDULLILAH SEMANGAT KEKITAAN DAN PERTALIAN ASAS MEMANG KUKUH. WALAU PUN BELIAU MEMEGANG JAWATAN TINGGI DI ISTANA KEHAKIMAN, YANG ARIF MELUANG KAN MASA 2 JAM UNTUK KAMI.
SAMBUTAN MESRA ITU DI DAHULU KAN DENGAN JAMUAN NASI KERABU UNTUK ROMBONGAN KAMI, YANG MEMANG TELAH TERSEDIA BILA KAMI SAMPAI DI KAMAR YANG ARIF. ALHAMDULLILAH, AHLI MUDA KITA YANG BELUM SARAPAN LAGI, TENTU SEKALI MENGHARGAI HIDANGAN TERSEBUT.
KAMI JUGA SETIAP ORANG DI HADIAHKAN DENGAN NASKHAH COFFEE TABLE BOOK FASAL KEHAKIMAN.
SELEPAS SELESAI SESI TEMU BUAL YANG ARIF MENJEMPUT SEORANG LAGI ALUMNUS, YANG ARIF DATO KAMARDIN HASHIM 7174, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN UNTUK MENYERTAI BERJUMPA DENGAN ROMBONGAN ASAS.
NOTA OLEH: IR. GHAZALI BUJANG, PRESIDEN ASAS
21 OGOS 2020/ 2 MUHARRAM 1442h=H