Abang Teh Tarik Session – 15-09-2023

Salam WargaASAS yang dihormati,

Syukur Alhamdullilah

Majlis Abang Teh Tarik Session pada 15/09 (02/2023) telah berjalan lancar dan sekali lagi mendapat sambutan luarbiasa. Seramai 53 Abang dari 34 batch hadir dari ASAS6465 sehingga ke ASAS1418.

8 abang tidak dapat hadir disaat akhir dengan maaf.

Majlis bermula jam 9 mlm, berakhir jam 2.30 pagi. Bermula dengan nyanyian Alam Shah Jaya kemudian pengisian bermanafaat oleh Abang Syahril 8589 dan Abang Izuan 9599 berkisar isu hangat iaitu Cyber Security dan kenderaan elektrik + Q&A. Diikuti dengan perkongsian program prihatin khairat~MyYAAHati kolaborasi bersama Takaful.
Melengkapi majlis pada tepat jam 12 tghmlm, Hari Malaysia ke 60 disambut dengan nyanyian lagu Negaraku beramai2.
Terima kasih kpd semua yg dpt hadir, PIC Abang Faisal 8589, Team Biro Sosial dan Komunikasi, Biro Briged Muda, Biro Kebajikan, Biro Keusahawanan dan YAA.
Majlis berterusan sehingga melepasi jam 2 pagi waktu akhir operasi sebenar restoran kerana masih ada 31 Abang asyik berkongsi pengalaman dengan pelbagai batch serta aktif bernetworking.

Sekiranya ada kekurangan pihak majlis Abang memohon maaf. Untuk yang belum berkesempatan ke majlis2 Abang, jumpa bulan Oktober ini di majlis “Abang Jom Lunch”…InsyaAllah
_• Disaat melangkah keluar meninggalkan SASKL/ SASPutrajaya dulu, maka kita adalah “Abang” !_

Jgn lupa daftar sebagai Ahli ASAS.

•Bersatu ASAS Teguh BerNetworking

Sekian. Terima Kasih


ASAS telah mengadakan semula Majlis Perjumpaan Bulanan. Bermula bulan Ogos 2023, Majlis Abang BerSarapan @Bangi (Full hse/55paxs),*Sept~Abang Teh Tarik Session*, Okt~Abang Jom lunch.
Majlis/lokasi adalah berkala/bergilir antara Bangi, Putrajaya, Gombak dan KL/PJ supaya lebih ramai WargaASAS dapat menyertainya.
Lokasi A2/2023
*Q Bistro, Presint 15 Putrajaya*
Bila:*Jumaat, 15 Sept 23*
Masa: *9.00-11.30 malam*
Kos: *RM 18/pax*
(Tempat Terhad)
Pengisian: BizNetworking & Sharing
Sila klik *Google form link* dibawah utk tata kelola RSVP, admin akan update senarai kehadiran agar lancar dan seragam. Terima kasih CUJ.

Program-program ABANG yang lain

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment