Aku dan SAS

Aku dan SAS
Aku bersama Mohd Yusof Ibrahim, Ayub Ismail, Abd. Rahim Mohammad dan Putih Muda dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Takir (SEMESTA), Terengganu telah terpilih untuk memasuki Tingkatan 4 Sekolah Alam Shah (SAS KL) pd tahun 1970 setelah menamatkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pd tahun 1969. Pergilah kami ‘5 beradik’ ke SAS tanpa ditemani ibubapa. Pemilihan ke SAS ini adalah sebahagian usaha kerajaan utk menambahkan jumlah pelajar aliran sains. Namun, akhirnya sahabatku Ayub menamatkan persekolahan dlm aliran sastera dan berjaya dlm bidang ekonomi di Universiti Malaya. 3 yg lain lebih cepat memasuki Universiti Pertanian Malaysia UPM (dinaiktaraf dari Kolej Pertanian) setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aku seorang sahaja yg menghabiskan tempoh 4 tahun dalam aliran sains di SAS sehingga menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pd tahun 1973.
Pengambilan pelajar Tingkatan 4 thn itu melibatkan pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak, kecuali Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak. Baru tahu ada tempat nama Minyak Beku, Patah Pedang, Rengit, Benut, Masai… Dicampur dgn senior, maka terdedahlah kpd pelbagai loghat negeri dan bahasa jawa, banjar, minangkabau, bugis…
Duit? Mana ada duit. Sebab tu mak ayah pun tak pernah sampai ke SAS. Tapi, ada jugak Biasiswa Kecil Persekutuan (?) RM 40 sebulan masa Tingkatan 4&5 dan RM 55 sebulan masa Tingkatan 6, rasanya. Bolehlah beli buku dll dan outing ke Jalan TAR KL sekali sekala.
Aku rumah JR. Steady JR.
Dorm menghadap dewan makan. Makanan paling sedap ialah nasi lemak lauk sardin (lenyek) pg minggu. Kalau turun dah hampir tamat tempoh sarapan (pukul 10?), boleh tapaw. He3.
Pembelajaran di SAS, selain guru tempatan pelbagai kaum, malah alumni SAS sendiri (cikgu Thambi Subahan – Fizik), terdapat ramai guru sains dan matematik dari Indonesia yg berkidmat. Antara nama2 yg masih diingati cikgu2 Aminuddin Ressang, Simanjuntak, Kurisman, bapak Junus. Belajar dalam B. Melayu dan Indonesia, buku2 dlm B. Inggeris, istilah2 Melayu bg sains masih belum tersusun, soalan2 bercetak tahun sebelumnya dari UK yg dirujuk dlm B. Inggeris, jawab peperiksaan dlm B. Melayu. Sungguh mencabar.
Bg aku, banyak kena struggle utk atasi kelemahan dlm B. Inggeris. Penatlah Pn Yohani Yusof, Pn Ivy Thomas mengajar aku bahasa Inggeris.. berbanyak terima kasih cikgu.. Berbekalkan kamus poket collins warna hijau (nasib kaulah sampai lusuh), penuhlah buku sains diterjemahkan di mana ada ruang kosong dlm buku tersebut.
Cikgu paling popular sepanjang masa di SAS jatuh kepada… Cikgu PJ, Cikgu Tan Pok Chin. Siapa setuju angkat tangan.
Akhirnya, pd 1974 berjaya juga aku masuk U K M di Lembah Pantai, KL, berjiran dgn UM dlm bidang kimia sehingga 1978, walaupun supersenior SAS Prof Jamjan Rajikan, Ketua Jab Kimia UKM pd masa itu sebelum dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke USM menasihati aku supaya major dlm Fizik sesuai dgn prinsipal fizik dlm STP aku. Sesak nafas aku rasanya kalau nak major Fizik. Tabik spring kpd semua physicist – anda haibat.
Moto aku…
DAPAT PELUANG JANGAN DILEPASKAN.
SEMUA KITA BERHAK UNTUK BERJAYA. Aggregate 16 SRP ka, Gred 2 SPM ka, 1 Prinsipal E STP ka, Kelas Kedua Bawah Sarjana Muda Sains (Kepujian) ka, ia tetaplah sebuah KEJAYAAN..
… dan kejayaan demi kejayaan tetap menanti di hadapan.. jika semua itu memang telah ditetapkan Tuhan. Tuhan dilupakan jangan, dlm kehidupan..
#kamipernah terkandas di Kuantan dan jadi mangsa banjir Dis 1970 semasa nak balik ke SAS.
#kerananya kami dpt naik kapalterbang pengangkut barang ATM ke lapangan terbang TUDM Sg Besi sebelum naik bas ke SAS.
#kamipernah jatuh gaung pd awal mlm di Bentong jln lama dgn teksi sapu dari Kuantan ke SAS. Tersangkut pd rumpunan pokok, panjat naik dan dpt tumpang bas express.

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment