Klik sini untuk Infaq Ramadhan

07-03-2025 – Program Ramadhan 2025 Alam Flora Segambut

Assalamualaikum semua alumni ASAS yang saya hormati & kasihi,

Alhamdullilah kemarin 7/3/25, YAA laksanakan amanah dari PPZ MAIWP yang memberi dana untuk di salurkan kepada ‘unsong heroes employed by Alam Flora’ dalam program Santunan Ramadhan 1446H bersama pekerja sector pembersihan, di Depoh/Pejabat Alam Flora Segambut. Seramai 179 pekerja tahap asnaf di beri bantuan (setiap pekerja mendapat bantuan bernilai RM 100 selain dari hidangan iftar istimewa.

Terimakaseh kepada PIC YAA KL, Hj. Salim Saparman 7174 yang merancang & laksana program. Turut hadir mewakili ASAS/YAA
– Dato Ahmad Tajudin 6467, Pengerusi YAA
– GB, CEO YAA
– Fara Liza ahli YAA
– Ridzuan Mohd Jusoh 6972
– Salim Mustam 7071
– Baharudin Chu 7174
– Rahmat 9600
– Nasrul Asyraf 0307
– Sukarelawan YAA, 3 pelajar antarabangsa & 1 pelajar (bukan Islam Malaysia), semuanya dari UM

Terima kasih

Seperti tahun2 sebelum ini salah satu aktibiti YAA dalam bulan Ramadhan ialah

SANTUNAN RAMADHAN bersama PEKERJA PENGURUSAN SISA PEPEJAL. In sya Allah kita akan adakan majlis di setiap negeri di Semenanjung termasuk WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Tarikh Majlis & lokasi yang telah di tetapkan (setakat 1/3/25)

7/3/25 (Jumaat): Alam Flora, Segambut: Penaja PPZ
12/3/25 (Rabu): Alam Flora Putrajaya: Penaja PPZ
13/3/25 (Khamis): Rembau (penaja Muslim Care) – Dewan Sri Rembau
19/3/25 (Rabu):
Majlis Bandaraya Kuantan – Serambi Teruntum
20/3/25 (Khamis): E-Idaman Kangar Perlis.
Pejabat Pendidikan Segamat (penaja Ekuinas)
22/3/25 (Sabtu): Alam Flora, Kuantan

Pengisian program di setiap lokasi:

6.00 ptg: Ketibaan tetamu
6 15 ptg:
– bacaan doa
– ucapan alu2an dari wakil YAA
– ucapan dari wakil penaja
– agihan bantuan kpd 100 orang pekerja (minima)
Waktu maghrib
– iftar bersama
– solat maghrib berjumaah
– sambung jamuan & sillaturrahim
8.15 mlm: bersurai

Sahabat2 di jemput hadir (mohon maklum kehadiran kepada Wakil YAA setempat) untuk mengimarahkan majlis & menyantuni pekerja2 pembersihan. E poster untuk setiap majlis akan di maklum nanti

Sekian & terima kaseh. Selamat menyambut & beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, dari

GB – Presiden ASAS & CEO YAA

Kongsikan ke Social Media Anda !

Lagi Berita Tentang Infaq Ramadhan

Leave a Comment