ASAS BizzRonda – SATE HUT
Sate Hut, milik Tn Hj Minhat Bin Mion, ASAS 6467, adalah antara perniagaan pertama berdaftar di bawah Direktori ASAS Niaga. Premis beliau dijadikan lokasi perasmian ASAS Niaga pada 10/4/2021 dan premis pertama menerima pelekat ASAS Niaga.
Sate Hut menyediakan pelbagai jenis hidangan satay yang diperbuat daripada resepi asli sebenar yang terdiri daripada kepingan daging dan campuran rempah ratus pilihan. Sate Hut juga turut menghidangkan banyak pilihan masakan panas yang menyelerakan pada harga yang berpatutan.
Samada santai bersama keluarga atau merancang majlis bersaiz sederhana, suasana di Sate Hut amat selesa dengan kepelbagaian menu. Kalau anda di Kelana Jaya, Rawang atau berdekatan, jom singgah sebentar.
(ASAS BizzRonda, satu inisiatif Biro Keusahawanan untuk mempromosi perniagaan milik ASAS kepada keseluruhan warga ASAS)
https://www.asas.com.my/asas-niaga/listing/sate-hut-kelana-jaya/
Lokasi:
3, Jalan SS 6/18, Petaling Jaya
https://www.asas.com.my/asas-niaga/listing/sate-hut-rawang/
Lokasi:
B9-G, Jalan Rawang, Pusat Perniagaan Reef 2, Rawang, Selangor 48000, Malaysia
Waktu Perniagaan:
11am – 11pm
Daftar Direktori ASAS Niaga (percuma sehingga 31/12/21)
Eddie – 012.212.4817