Izinkan saya memberi sedikit cerita mengenai pengalaman di Sekolah Alam Shah, Jln Cheras, Kuala Lumpur. Saya sampai di SAS pada kira2 jam 4.30 ptg 7hb Februari 1963. Suasana sekolah ketika itu senyap sunyi. Tak ada suara apapun. Saya lihat kanan dan kiri, tidak ada orang. Tidak ada pelajar. Sya percaya saya adalah pelajar yg terawal sampai. Ketika itu hujan renyai2. Taxi yang saya naiki dari Muar tinggalkan saya didepan Pejabat Sekolah.
Sekolah ini baru siap dibina dan baru hndak mengambil pelajar. Saya percaya saya adalah kumpulan perintis yg akan mula belajar disini mulai tahun 1963. Sebelum itu saya belajar di High School Muar (1958-1960) dan di SDAR Tg Malim (1961-1962). Saya akan berada di SAS ini utk Tingkatan Enam sahaja (1963-1964).
En Kamaruddin yg ketika itu menjadi steward sekolah datang menyambut saya dan mebawa saya ke bilik hostel. Dia beritahu saya pelajar2 yg diberi tawaran belum lagi sampai. Bilek2 hostel utk pelajar2 Tingkatan Enam ini adalah istimewa iaitu terletak ditingkat bawah rumah steward. Saya diminta memilih mana2 bilik yg saya suka. Semuanya masih kosong. Semua masih baru. Katil dan tilam pun baru. Tetapi bilik mandi semua berkongsi. Malam itu saya seorang diri dibilik yg saya pilih, kerana teman2 lain belum lagi sampai. Saya ingat dua hari kemudian baru Ismail Dahaman sampai dari Kedah dan dia menjadi teman sebilik saya.
Esok paginya saya berjumpa Cikgu Halimi Hj Sharbaini, Guru Besar. Saya sudah kenal dia kerana sebelum itu beliau adalah Guru Besar di SDAR dan mengajar saya dalam matapelajaran Sejarah. Beliau juga yg telah menawarkan saya tempat di Tingkatan Enam dan meminta saya mengikutinya ke SAS di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan itu Cikgu Halimi meminta saya tolg bantu beliau dan guru2 menerima pelajar2 baru yng akan sampai bila2 masa pada minggu tersebut.
Sehari kemudian datang Lajman Hj Sirat dan Muhammad Harun. Kedua2nya adalah teman saya ketika Tingkatan 4 dan 5 di SDAR dahulu. Pelajar2 Tingkatan Enam yg lain sampai pada minggu itu juga. Antara mereka ialah A. Aziz Muhammad, Ismail Dahaman, Ahmad Ismail, Yahaya Salim, Muhammad Desa, Wan Aladian, Hashim Embung, Low Wee Yet, Tee Bon Hwa, Ismail Adnan, Baharuddin Manaf, dan beberapa pelajar lain. Hanya Enam belas orang sahaja yg ditawarkan sebelum keputusan peperiksaan Sijil Persekolahan diumumkan. Antara mereka adalah empat orang pelajar wanita: Habsah Abdul Rahman, Halimah Ali, Siti Zaharah, dan Embun Ali. Selepas keputusan peperiksaan diumumkan bilangan itu ditambah menjadi 35 (lelaki 27 dan wanita 8).
Saya masih ingat mereka itu kerana saya dilantik menjadi ketua darjah 1963-1964.
Selain dpd pelajar Tingkatan Enam pelajar2 lain yg masuk ke Tingkatan 4 dan 5 juga datng melapor diri pada minggu itu. Saya bersama Lajman Sirat dan yang lain2 membantu guru2 menerima kedatangan pelajar2 baru. Kami juga diminta mengatur kaedah pelajar2 tinggal di asrama dan makan di dining hall. Bila sampai waktu makan semua pelajar diminta duduk dimeja dan menunggu ketua murid membaca doa. Doa itu kita tiru doa di SDAR.
SAS memberi tawaran hanya kepada pelajar2 Tingkatan 4, 5 dan 6 sahaja. Pada akhir 1964 saya menduduki peperiksaan khas masuk ke Universiti Malaya. Sebaik sahaja peperiksaan selesai Cikgu Halumi menasihati kita supaya menubuhkan Persatuan Murid2 Tua SAS. Kita sambut saranan ini dan cuba membangunkan Persatuan. Mesyuarat pertama telah diadakan didewan sekolah. Dari situlah bermulanya usha dan gerakan mewujudkan Alumni SAS.
Coretan Prof Hairi dalam FB…