Dari Komiti Penganjur MMMTA2024

MMMTA’2024 telah melabuhkan tirai dengan penuh gemilang dan kenangan. Media sosial ASAS dari pelbagai generasi dipenuhi dengan celoteh dan senda gurau adik beradik ASAS. Ramai ASAS yang berkongsi gambar dari 61 batches, yang penuh dengan senyum mesra, serta hari ini, sibuk memperagakan merchandise dan ole-ole yang diperolehi semasa MMMTA’2024. Manifestasi kepada semangat “Bridging The Gap”.

Sesungguhnya, kegembiraan seluruh ahli ASAS adalah hadiah yang amat kami hargai sebagai komiti penganjur MMMTA’2024. Kegembiraan yang terukir disetiap wajah ASAS yang hadir semasa MMMTA’2024 sudah cukup untuk melenyapkan segala kelelahan dan kepenatan setiap ahli komiti penganjur yang bertungkus-lumus selama lebih dari 4 bulan demi ASAS yang tercinta.
💛💛💙💙❤️❤️

Sebagai mewakili barisan AJK ASAS, Komiti Penganjur MMMTA’2024 ingin mengucapkan penghargaan khas kepada Penaja Utama MMMTA’2024, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan semua para penaja MMMTA’2024, serta semua warga ASAS dan para hadirin sekalian yang bersama-sama memeriahkan lagi MMMTA’2024.

Saya sebagai mewakili Komiti Penganjur MMMTA’2024 menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, di atas segala kekurangan, kesalahan dan kekhilafan, yang kami lakukan disepanjang tempoh kami melaksanakan amanah yang digalas.
🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼

Khas untuk Abang Presiden ASAS, Ir GB, kami ingin menzahirkan penghargaan yang tidak ternilai di atas kepercayaan, serta segala cetusan ilham, tunjuk ajar, dan sokongan yang menjadi pautan dan dorongan kepada seluruh ahli komiti dari pelbagai generasi ASAS ini untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Terima kasih GB.

Semoga kita bertemu lagi diaktiviti ASAS akan datang, Program Ramadhan YAA, Jamuan Hari Raya ASAS, A.B.A.N.G., OBW 24 dan lain-lain aktiviti yang sedang dirancang.

Chita Usaha Jaya

4 Dekad Kecemerlangan

I AM ASAS!

Komiti Penganjur
MMMTA’2024

Komiti Penganjur MMMTA’2024. Tiada dlm gambar Abang Dato’ Safian, Abang Asrul @Penn, Abang Daniel dan Adinda Dinie.

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment