Infaq Jumaat 2021-10-29

Minggu #13
Tarikh : Jumaat, 29 Oktober 2021
Jumlah Sumbangan : RM4,190
Penerima :

1. Komuniti Kg. Sg. Buaya

Pada minggu ini, YAA akan berkunjung ke Kg. Sungai Buaya Rawang @Felda Sg Buaya. Majoriti bakal penerima adalah bekas-bekas peneroka yang sudah berumur serta generasi kedua yang berada di kelompok B40. Libat urus pengurusan penjualan tanah peneroka Felda Sg Buaya yang tidak telus menyebabkan peneroka kehilangan punca pendapatan. Komplikasi tersebut telah menjerumuskan bekas peneroka dan keluarga kekancah kemiskinan. Ladang-ladang sudah tiada dan pembayaran hasil jualan tanah tidak diperolehi sepenuhnya sebagaimana yang telah dijanjikan. Ada di antara mereka yang masih mendiami rumah asal peneroka, di bekas tapak Felda Sungai Buaya. Semoga sumbangan yang diberi dapat memberikan sinar keceriaan kepada mereka dan urusan penyerahan sumbangan kita dipermudahkan Allah SWT… Insha’Allah

Kutipan juga akan disalurkan kepada tabung khairat kematian Biro Kebajikan dan Agama ASAS. Bersama kita menyumbang untuk meringankan beban. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Terima kasih
YAYASAN AMAL ASAS (YAA)


Assalamulalaikum
Saudara ASAS yang dihormati

Alhamdulillah, buat kali pertama, Yayasan Amal ASAS YAA, keluar memberi sumbangan di luar lembah klang. Destinasi kami kali ini adalah kg sungai buaya/felda sungai buaya

Terima kasih kepada sukarelawan yang bertungkus lumus memberi khidmat untuk bersama sama memberi sumbangan. Untuk kali ini pihak YAA masuk ke kampung dan menyerah kan pek makanan dari rumah ke rumah. Satu pengalaman dan cabaran baru untuk YAA. Alhamdulillah, pihak sukarelawan menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Semoga YAA terus istiqomah dan terus mendapat sokongan dan dokongan dari ahli ASAS semua

-YAA-

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment