Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat YAA yang dimuliakan,
Terima kasih atas sokongan terhadap kerja-kerja amal YAA selama ini.
INFAQ JUMAAT SERENDAH RM10 dibuka secara automatik setiap HARI JUMAAT. Infaq boleh disalurkan melalui;
A. Laman web ASAS https://www.asas.com.my/infaq-jumaat/
B. Secara online banking
No: 12140010001684
Bank Islam | Yayasan Amal ASAS
Mohon tuliskan ‘INFAQ JUMAAT’ di bahagian ‘reference’.
INFAQ JUMAAT 23/12/2022
Tabung Kecemasan Bantuan Banjir kini diaktifkan. Infaq minggu ini bakal mengisi tabung bantuan kepada mangsa-mangsa musibah banjir di Kelantan.
YAA telah membuka sebuah depoh/transit bantuan di Pasir Puteh sebagai pusat terimaan bantuan dan logistik. Bantuan akan melibatkan bantuan kecemasan semasa dan pasca banjir.
Bersama-sama YAA dalam menggembleng tenaga dan sumber untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini.
Tabung Khairat Kematian ASAS
Sejumlah 5% atau RM300 (mana-mana yang lebih tinggi) akan disalurkan pada Tabung Khairat Kematian ASAS.
Semoga usaha amal kita semua diterima. Amin.
Menyumbang sambil beramal.
BerInfaq dengan YAAkin.
Ikhlas dan beramanah,
Yayasan Amal ASAS