Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka ASAS 2024❕ MRTA 2024

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka ASAS 2024❕

Salam Idul Fitri 1445H
Minal ‘Aidin wal-Faizin

Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah sukacita ingin memaklumkan serta menjemput Warga ASAS yang dihormati ke Majlis Rumah Terbuka ASAS, yang akan berlangsung pada 1 Mei 2024 (Cuti umum).
Jemput hadir bersama menyambut kemenangan di bulan Ramadan dan kemeriahan di bulan Syawal dalam suasana riang gembira penuh kesyukuran, dan bersemangat camaraderie CUJ ASAS yang terus berkekalan.

Jom ke Majlis Rumah Terbuka ASAS (MRTA’24) pada Rabu, 1 Mei 2023 bermula dari 11 pagi – 3 petang, bertempat di Dewan Damar Sari 1 & 2, Blok F8, Presint 1 (Berhadapan SAS Putrajaya).

Marilah sama-sama menjadikan MRTA’24 sebagai satu platfom dalam memastikan kesinambungan hubungan keakraban sesama WargaASAS tanpa mengira peringkat umur dapat diteruskan dan sekali gus mendukung slogan “BridgingTheGap”.

Jangan lepaskan peluang dalam menghadiri salah satu acara yang dikategorikan sebagai ASAS Brotherhood and Networking Gathering yang terbukti dapat menghubungkan ahli-ahli merentasi pelbagai era/dekad.

Lokasi Dewan Damar Sari di Blok F8 berhadapan SAS Putrajaya. Kami berasa bertuah seolah2 sireh pulang ke gagang bagi Warga ASAS kerana komiti berjaya mendapatkan dewan berhadapan dengan SAS.

Alhamdullilah, dewan ini dapat ASAS memanfaatkan, strategik dari segi lokasinya, keselesaan dan tempat parking berbumbung percuma serta mencukupi…InsyaAllah.
Kemudahan fasiliti yang baik seperti surau yang luas di aras 2. Kemudahan “friendly” untuk Warga emas, dan juga kepada yang berkerusi roda.

Tahun ini, pelbagai juadah raya tersedia! 8 ekor kambing golek disajikan !! Bagi menceriakan lagi majlis, sepertimana majlis2 yang lalu, ASAS turut menyediakan hiburan band yang akan mendendangkan lagu-lagu raya dan tidak lupa juga kepada pengacara majlis daripada wargaASAS yang berpengalaman akan menghiburkan kita semua!

Semua generasi Warga ASAS digalakkan hadir berbusana raya penuh bergaya. Mohon tolong hebahkan ke kawan-kawan sebatch dan batch yang dikenali.

Kehadiran Warga ASAS ke MRTA’24 amat dialu-alukan dan dinantikan!
Bersama-sama meraikan MRTA’24 ini dan menjadikan majlis ini menjadi satu lagi kenangan indah.

Jom SASians ke MRTA’24 ~ Abang Kakak ASAS Beraya !

Barakallahu Fiikum

Ikhlas
B/p Komiti MRTA’24
Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS)

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment