Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, AGM Persatuan kita berjalan lancar pagi tadi. Terima kaseh kepada ahli yang sempat hadir (50+ yg hadir, tidak masaalah menunggu quorom)
Berikut ialah issu yg di lapor, di bincang & di putuskan;
A. Laporan dari Pengetua SAS
Pencapaian SAS 2019 Akademik
1. Keputusan PMR terbaik di Malaysia
2. Keputusan SPM – No. 3 terbaik
Pencapaian Kokorikulum
1. Young Inventors
2. Wind Orchestra
3. Badan Pengakap
4. Ragbi
5. Bola keranjang
B. Kedudukan/Penyata Kewangan
1. Beransur pulih & ada petunjuk kestabilan
2. Hutang2 tertunggak sudah di jelaskan
C. Pelantikan 4 orang Pemegang Amanah
1. Dato Zabir Bajuri 6566
2. Dato Ahmad Tajudin 6467
3. Dato Emran Kadir 6568
4. Nor Hishamuddin 7983
D. Laporan Projek Galeri SAS
1. Maseh dalam peringkat penyelidekan & pengumpulan bahan2 – oleh 6 pelajar batch 1418
2. Kutipan sumbangan terkumpul RM 60 K
Di akhir AGM sebuah syarikat milik 3 adik beradik ASAS (ISRO) membuat MoU dengan Yayasan Amal ASAS
ISRO – Sebuah syarikat penjual kereta mewah (reconditioned) & kereta tempatan (Proton & Perodua)
1. ISRO akan beri harga istimewa kepada pembeli dari ASAS
2. ISRO akan beri sumbangan komisyen kepada YAA
Oleh itu – semua warga ASAS di galak beri sokongan kepada ISRO & YAA
ISRO ada showroom di KL (Jln Tun Razak & Jalan Semarak), Johor Bharu & Kuantan
Q untuk pendaftaran masuk. Semua ikut SOP – PKPP
MAKLUMAT PENTING
Salam sejahtera semua wakil-wakil batch ASAS. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah yang ke-36 insyaaAllah akan diadakan pada butiran berikut:
Hari: Sabtu
Tarikh: 25/7/2020
Waktu: 10 pagi – 12.30 tgh (makan tengahari disediakan)
Tempat: Auditorium Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Presiden dan AJK ASAS dengan ini ingin menjemput semua ahli-ahli persatuan ke mesyuarat ini.
Dimajukan disini adalah surat jemputan, borang usul dan borang proksi. Pohon semua wakil-wakil batch utk memajukan surat jemputan ini kepada semua ahli-ahli batch masing-masing.
Harap maklum bahawa sebarang usul dari ahli-ahli hendaklah dimajukan menggunakan borang usul kepada Setiausaha Kehormat melalui e-mail di [email protected] atau WhatsApp 019-6203061 selewat-lewatnya pada jam 12 tgh hari Sabtu 18/7/2020.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ir Mohd Junaizee Mohd Noor
Setiausaha Kehormat ASAS 2019/2021
Klik sini untuk PDF Notis Panggilan AGM ke 36_25 Julai 2020
Bagi pihak Presiden dan AJK ASAS, kami majukan disini agenda dan Laporan-laporan berkenaan yang akan dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah ke-36 pada hari Sabtu 25/7/2020 ??