Assalamualaikum w.b.t.
Adalah dimaklumkan, sumbangan tabung kebajikan oleh pihak Biro Kebajikan dan Agama ASAS kepada waris ahli-ahli ASAS yang meninggal dunia akan ditamatkan berkuatkuasa 31 Disember 2022. Pihak biro sebaliknya akan memberi lebih tumpuan dan memperkasa program sedia ada iaitu ASAS Ziarah Kasih.
Semoga penganjuran program sebegini terus mampu menanamkan rasa kasih dan prihatin serta memperkukuhkan silaturahim sedia ada di kalangan warga ASAS.
Sekian, terima kasih.
Biro kebajikan dan Agama, Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah
6 Disember 2022