Program ASAS BizzRonda – Shark Coffee – 04-12-2021

Program ASAS BizzRonda – 4/12/2021

Anda pencinta kopi? Jika anda peminat tegar minuman tersebut, Shark Coffee merupakan salah satu kiosk kopi di Kota Damansara yang wajib anda terjah.

ASAS BizzRonda berkunjung ke Shark Coffee Kota Damansara untuk beramah mesra bersama pemilik & mempromosi perniagaan beliau. ASAS BizzRonda diketuai Presiden ASAS Ir. Ghazali Bujang disertai AJK ASAS Eddie Ahmad – 8084, Nik Feizal – 8589, Nasrul Aysraf – 0307 & wakil batch yang lain Azmi Daud – 8084, Daniel Sharom – 9600 & Muhammad Hudhayfah – 9600. Sticker ASAS Niaga diserah dan dilekatkan di kiosk menandakan premis dimiliki warga ASAS.

Shark Coffee Kota Damansara adalah kiosk kopi milik sahabat kita Mohd Kamalzaini – 9600. Berkonsepkan Coffee on the Go, Shark Coffee menggunakan biji kopi bermutu tinggi berkualiti bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap cawan yang dinikmati. Butter Beer, Salted Caramel, Caramel Machiato & Peppermint Mocha adalah di antara ‘signature drink’ yang diminati.

Jika anda menetap di Kota Damansara atau kawasan berdekatan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Shark Coffee yang menjanjikan rasa unik tersendiri.

Lokasi strategik, bersebelahan McDonald’s Kota Damansara menjadikan kiosk ini satu lokasi yang senang ditemui. Sekiranya sampai di sana dan masih tak jumpa, anda hanya perlu tutup mata dan ikuti bau kopi segar yang semerbak. Enjoy ur coffee gais..

(ASAS BizzRonda, satu inisiatif Biro Keusahawanan untuk mempromosi perniagaan milik ASAS berdaftar di bawah ASAS Niaga kepada warga ASAS)

https://www.asas.com.my/asas-niaga/listing/shark-coffee-kota-damansara/

Lokasi:
K2 Jalan Cecawi 6/18 Seksyen 6, Kota Damansara

Waktu Perniagaan:
9.30am – 6.30pm (kecuali hari Ahad)

Daftar Direktori ASAS Niaga (percuma sehingga 31/12/21)
https://www.asas.com.my/asas-niaga/
Eddie – 012.212.4817

#sharkcoffeekotadamansara
#baristamalaysia
#coffee
#coffeelover
#asasniaga
#asasbizzronda
#iamasas

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment