SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN (REV 1.0)
KEJOHANAN LIGA SEPAK PENALTI ASAS FC BOTF 2025
- TEMPAT : ONE TIGER ARENA KAJANG
MASA : 8.00 PG SEHINGGA SELESAI
TARIKH : 11 JANUARI 2025 - PERATURAN AM
- Format perlawanan adalah mengikut undang-undang penganjur iaitu Liga Penalti Rakyat.
- Cara Sepakan adalah bebas. Acah dibenarkan tapi tidak boleh berundur semula. Jika kesalahan
pertama kali, akan diberi amaran oleh penganjur. Jika masih melakukan kesalahan, sepakan akan
dibatalkan dan mata diberi kepada pasukan lawan.
- SYARAT PENYERTAAN
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua bekas pelajar Sekolah Alam Shah. Pemain liga
penalti mestilah berbeza dengan pemain futsal. - Setiap pasukan perlu mendaftar minimum 3 pemain termasuk penjaga gol. Maksimum
adalah 6 pemain. Seorang pemain tidak dibenarkan mewakili lebih dari 1 pasukan. - Masa untuk melakukan sepakan adalah 8 saat selepas wisel ditiup
- Bagi setiap perlawanan, Lima sepakan setiap pasukan akan dijalankan. Pada
setiap perlawanan, jika keputusan seri, lentingan syiling akan di lakukan oleh
kedua kapten pasukan. Jika masih seri, pengadil akan membuat lentingan.
Pemenang lentingan syiling boleh memilih untuk menendang atau bertahan.
Penendang perlu memegang bendera pasukan. Jika jaringan dapat dilakukan,
pasukan tersebut akan dikira sebagai pemenang, namun jika jaringan tidak dapat
dilakukan pihak lawan akan dikira sebagai pemenang. - Kejohanan akan dijalankan secara Liga bagi peringkat kumpulan dan Kalah Singkir untuk
peringkat seterusnya - Jika terdapat pasukan yang mendapat mata sama pada peringkat kumpulan, Sudden Death
match akan dijalankan - Kemenangan ‘Walkover’ 3 mata akan diberikan kepada pihak lawan jika pasukan anda gagal
hadir pada waktu perlawanan
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua bekas pelajar Sekolah Alam Shah. Pemain liga
- YURAN PENYERTAAN DAN HADIAH
- Yuran Penyertaan
‘Early Bird’ – RM 200.00
Harga biasa – RM 250.00
*Bendera batch akan diberikan secara percuma. Setiap pasukan perlu menghantar
bendera pasukan kepada pihak penganjur dalam bentuk PDF sebelum tarikh 22 Disember 2024 - Hadiah
Akan dimaklumkan kemudian
- Yuran Penyertaan
- PENGADIL
- Penganjur akan menyediakan pengadil untuk ke semua perlawanan
- Keputusan pengadil adalah muktamad
- Segala bantahan kepada pihak penganjur tidak akan dilayan