TAKLIMAT WAKAF SURAU SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Status kutipan Waqaf Surau SAS pada 21/11/24 (dana terkumpul RM 132,506). PPZ akan mula kerja fizikal apabila dana terkumpul sampai tahap 50% dari kos, iaitu RM 172,500.

Keperluan hanya RM 25,000 sahaja, selepas ambil kira kutipan InfaqJumaat 22/11/24. Jom sahabat2 kita rebut peluang berwaqaf untuk naik taraf Surau SAS. Banyak ganjaran waqaf untuk masjid/surau

Saya ingin tambah fakta penggunaan Surau SAS yang sedikit berbeza dari penggunaan masjid atau surau qariah yang biasa dalam kawasan perumahan/pusat bandar atau kampong2 di Malaysia.

Penggunaan Surau SAS
– Bilangan jumaah (pelajar 800 + staff). Besar kemungkinan, semua pelajar guna surau untuk 5 solat fardhu di surau
– Penggunaan surau kemungkinan hanya 250 hari setiap tahun (jumlah hari persekolahan). 800 pelajar x 250 hari= 200,000
– Penggunaan Surau SAS untuk solat Jumaat (850 pelajar + staff + 800 orang awam/penjawat awam)= 1650 jumaah × 40 Jumaat= 66,000. Surau maseh diguna untuk solat Jumaat pada musim cuti persekolahan

Penggunaan Masjid/Surau dalam kawasan taman perumahan/kampong atau pusat bandar

Saya tidak punya fakta, tetapi berdasarkan pemerhatian
– Ahli qariah punya pilehan solat di masjid/surau atau di rumah masing2. Bermakna penggunaan surau bukan oleh 100% ahli qariah
– Biasa nya bilangan jumaah untuk solat zohor & asar lagi kurang, atas sebab ahli qariah bertugas/kerja. Fakta masa perjalanan ulang alik dari rumah/tempat kerja, juga satu sebab berkurangan penggunaan masjid/surau untuk solat subuh & maghrib
– Sering kita lihat jumlah jumaah yang solat lima waktu – 2 atau 3 saf sahaja

 

– Kesimpulan nya penggunaan Surau SAS adalah lebih berkali ganda (walau pun digunakan dlm 250 hari setahun) di banding dengan penggunaan Masjid/Surau dalam taman perumahan/kampong atau pusat bandar
– Bermakna berdasarkan hujah intensiti penggunaan – waqaf untuk Surau SAS mendapat manfaat yang lebih tinggi. Wallahualam

Kongsikan ke Social Media Anda !

Leave a Comment