𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗨𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲 𝟱𝟵 Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya
Semoga Terus Cemerlang !!!
> Kewujudan SAS lebih istimewa dan lebih mencabar jika dibandingkan dengan SBP yang lain. SBP yang lain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya, berbeza dengan SAS yang menggunakan bahasa Melayu.
Sebaik sahaja syor Penyata Razak diterima, maka mulai tahun 1958, kelas menengah aliran Melayu, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, diperkenalkan di seluruh negara. Wawasan dan pemikiran jauh yang amat proaktif dan sumbangan Allahyarham Aminuddin Baki, selaku Ketua Penasihat Pendidikan (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pelajaran), yang juga bergelar Bapa Pendidikan Malaysia, tidak dapat kita lupakan.
Sebagai Ketua Penasihat Pendidikan, beliau mengambil langkah yang drastik, dan dengan berani memastikan kelas tingkatan satu aliran Melayu pertama ini dibuka di seluruh negara, walaupun terpaksa menumpang di sekolah menengah Inggeris.
Tahun demi tahun,bilangan pelajar aliran Melayu meningkat dengan mendadak dan hal ini bermakna sekolah menengah aliran Melayu perlu dibina dan tidak sewajarnya berterusan menumpang kelas di sekolah Inggeris lagi. Dengan dibantu oleh pegawai di Kementerian Pelajaran, hasrat dan wawasan Aminuddin Baki terkabul apabila pada tanggal 7 Februari 1963, SAS membuka pintunya kepada sejumlah 239 pelajar sulungnya yang terdiri daripada 35 orang pelajar ( lapan pelajar puteri ) tingkatan enam rendah ( kumpulan aliran Melayu pertama yang memulakan tingkatan satu pada tahun 1958), dan sejumlah 204 orang pelajar tingkatan empat. Seterusnya, diikuti dengan kemasukan sejumlah 238 pelajar tingkatan lima, menjadikan jumlah pelajar tahun 1963 sebanyak 477 orang (terdiri daripada kumpulan pertama aliran Melayu (1958), kumpulan kedua (1959) dan kumpulan ketiga (1960) yang ketika di sekolah rendah belajar menggunakan papan batu dan kalam tetapi masih cemerlang.