YAA@Ibadah Qurban 1443H
Alhamdulillah. Ini ialah tahun ke-5, YAA menjadi ejen membuat agihan daging korban (200 kg).
Pembekal: Masjid Tengku Ampuan Jamaah (MTAJ), Bukit Jelutong, Shah Alam
Penerima: 200 keluarga asnaf PPR Lembah Subang.
Wakil YAA: Dato Emran 6568, Rosdi 7478 dan Hisham 7983
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)